AGP Picks
View all

Bitget Melancarkan Dagangan Opsyen Saham A.S. Pertama dalam Industri Kripto

Ciri baharu Long Call dan Long Put mengukuhkan kedudukan Bitget sebagai peneraju dalam menyediakan akses global kepada saham A.S.

VICTORIA, Seychelles, July 04, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah melancarkan dagangan opsyen saham A.S., sekali gus memberikan pengguna akses langsung untuk memperdagangkan opsyen bagi syarikat-syarikat terkemuka yang disenaraikan di bursa A.S. Ini menjadikan Bitget satu-satunya bursa kripto utama yang kini menawarkan dagangan opsyen saham A.S. bersama pasaran kripto dan CFD yang merangkumi emas, pertukaran asing (forex), komoditi serta indeks.

Ciri yang tersedia merangkumi strategi long call dan long put untuk pengguna yang layak. Ciri Call ini membolehkan pedagang mengambil posisi kenaikan harga (bullish) terhadap sesuatu saham, manakala ciri Put boleh digunakan untuk menyatakan jangkaan penurunan harga (bearish) atau mengurus pendedahan kepada risiko penurunan. Risiko bagi pembeli terhad kepada premium yang dibayar. Walau bagaimanapun, opsyen mungkin luput tanpa nilai sekiranya pergerakan harga yang dijangkakan tidak berlaku.

Pelancaran ini memperluas rangkaian produk saham Bitget, susulan pengenalan saham bertoken, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform dagangan saham bertoken terkemuka serta menawarkan akses pra-IPO kepada peluang dalam pasaran persendirian. Opsyen saham menambah satu lagi instrumen pelaburan yang digunakan secara meluas di Wall Street kepada penawaran Stock+, sekali gus memberi pedagang aktif lebih banyak pilihan untuk memanfaatkan pergerakan pasaran, kitaran pendapatan syarikat dan mengurus risiko portfolio.

Opsyen saham memperluas penawaran Stock+ platform dengan menyediakan akses langsung kepada ekuiti tradisional A.S., yang direka untuk pedagang yang biasa dengan produk pasaran saham yang mantap serta infrastruktur pasaran yang dikawal selia. Penambahan ini selaras dengan matlamat Bitget untuk menghimpunkan kripto, saham, komoditi dan aset global lain dalam satu persekitaran dagangan berbilang aset bagi pengguna di seluruh dunia.

Permintaan terhadap opsyen tersenarai mencatat paras rekod. Pasaran opsyen A.S. merekodkan lebih 15.2 bilion kontrak pada 2025, dengan purata kira-kira 60 juta kontrak setiap hari dagangan. Pertumbuhan ini menunjukkan penggunaan opsyen yang semakin meluas dalam kalangan pelabur runcit dan institusi bagi dagangan berarah, lindung nilai dan pengurusan modal.

"Kami sentiasa menjadi yang terawal dalam menghubungkan peluang pelaburan saham dengan pengguna kami," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. "Ini telah memberi manfaat kepada kami dan para pengguna. Daripada saham bertoken kepada opsyen, kami merealisasikan visi penyepaduan aset. Inilah inovasi yang ingin dipacu oleh kripto. Produk kami mendahului zamannya dalam menyediakan akses dagangan maju kepada saham, emas, kripto dan aset global."

Pelancaran awal memfokuskan pembelian opsyen satu kaki (single-leg) bagi menyediakan titik permulaan yang jelas kepada pengguna. Fungsi tambahan, termasuk strategi berbilang kaki (multi-leg) yang lebih canggih, dirancang selaras dengan pembangunan produk opsyen Stock+.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang layak dan melengkapkan dagangan opsyen saham A.S. pertama mereka berpeluang menerima saham NVIDIA bernilai USD15, tertakluk pada terma kempen dan ketersediaan mengikut rantau.

Dagangan opsyen melibatkan risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pengguna. Ketersediaan produk, sekuriti yang disokong dan ganjaran promosi mungkin berbeza mengikut bidang kuasa. Pengguna hendaklah menyemak pendedahan produk yang berkaitan serta memahami risiko kehilangan keseluruhan premium yang dibayar sebelum berdagang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dagangan opsyen saham di Bitget, layari di sini.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih daripada 2 juta token kripto, lebih daripada 500 saham yang ditokenisasi, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai pembantu dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui kerjasama strategik seperti MotoGP™. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain kepada 1.1 juta orang menjelang 2027. Bitget kini menerajui pasaran TradFi bertoken dengan menawarkan yuran terendah dan kecairan tertinggi dalam industri merentasi 150 rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | X | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketaktentuan yang ketara. Pelabur dinasihatkan supaya hanya melaburkan dana yang sanggup mereka tanggung kerugiannya. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas hendaklah sentiasa diperoleh dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai bagi prestasi masa hadapan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa dalam dokumen ini boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/efe7f4d2-18e2-4216-a92c-3b3213714f28


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Myanmar Business Daily

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.